Mozilla Sedang Membangunkan Pelayar Web Yang Dikawal Menggunakan Suara

Mozilla Sedang Membangunkan Pelayar Web Yang Dikawal Menggunakan Suara

Diterbitkan pada June 14, 2018 oleh .

Mozilla sedia popular pada hari ini dengan penawaran pelayar web Firefox dan juga perkhidmatan menyimpan pautan gambar, Pocket. Selain daripadanya, kini ia dilaporkan yang mana Mozilla turut sedang membangunkan sebuah pelayar web baru dinamakan Scout.

Scout ini akan memfokuskan kepada kawalan berasaskan arahan suara dan bukannya menggunakan papan kekunci atau tetikus.

Dengan pelayar web ini, ia akan membolehkan pengguna melayari web dengan hanya menggunakan suara. Selain memberikan arahan untuk membuka sesuatu halaman, pelayar web Scout ini juga dijangka akan membacakan artikel pada sesuatu laman terus kepada pengguna.

Interaksi berasaskan suara semakin popular pada masa kini, dan melalui Scout, Mozilla akan mempunyai kelebihan dalam arena berkenaan. Pada masa yang sama, ia akan turut memudahkan pengguna dengan masalah penglihatan untuk melayari web dan mendapatkan info berkaitan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Mozilla akan melancarkan Scout ini untuk pengguna umum.


TIPS & ULASAN