WhatsApp Akan Menyokong iOS 7 Dan Android Gingerbread Sehingga 1 Februari 2020

WhatsApp Akan Menyokong iOS 7 Dan Android Gingerbread Sehingga 1 Februari 2020

Diterbitkan pada June 14, 2018 oleh .

WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang digunakan di seluruh dunia – termasuk negara membangun. Ini membuatkan pihak WhatsApp perlu menyokong penawaran mereka untuk tempoh yang lama walaupun untuk sistem operasi dan platform generasi lama – memandangkan ia masih digunakan sejumlah pengguna.

WhatsApp sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sokongan untuk Android 2.3.7 sehingga 1 Februari 2020 kelak. Kini, hari ini, mereka turut menambah, dan mengatakan bakal menyokong platform iOS 7 sehingga tarikh sama, iaitu 1 Februari 2020.

Selepas tarikh berkenaan, perkhidmatan WhatsApp akan berhenti beroperasi pada peranti yang masih menggunakan platform berkenaan.

Seperti biasa, pengguna sering dinasihatkan untuk menggunakan platform dan sistem operasi versi terkini untuk mengelak menjadi mangsa serangan sekuriti dan sebagainya.


TIPS & ULASAN