Surface Pro 6 Dijangka Hadir Pada 2019 Dengan Rekaan Yang Dikemaskini

Surface Pro 6 Dijangka Hadir Pada 2019 Dengan Rekaan Yang Dikemaskini

Diterbitkan pada June 14, 2018 oleh .

Surface Pro merupakan peranti dua-dalam-satu daripada Microsoft – membolehkan ia digunakan sebagai sebuah tablet, atau turut digunakan sebagai komputer riba dengan menghubungkan ia kepada papan kekunci.

Sehingga kini, sejumlah generasi Surface Pro telah ditawarkan. Menurut laporan terbaru daripada ZDNet, Microsoft dikatakan bakal hadir dengan Surface Pro 6 pada pertengahan 2019 kelak.

Ia dijangka menawarkan pelbagai spesifikasi terkini, dan Microsoft dijangka akan menawarkan kemaskini pada rekaan peranti berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, telah sekian lama kita tidak melihat perubahan besar pada Surface Pro. Mungkinkah kita akan melihat rekaan skrin dengan bingkai lebih nipis, selain kickstand lebih baik pada Surface Pro 6 kelak?


TIPS & ULASAN