OnePlus telah pun melancarkan telefon pintar OnePlus 6 baru-baru ini, malah telah mula dijual di Malaysia sejak awal bulan Jun ini. Hari ini, berkongsi lanjut mengenainya, pengasas OnePlus berkongsi mengatakan OnePlus 6 telah terjual lebih 1 juta unit diseluruh dunia.
Angka ini boleh dikatakan agak membanggakan bagi pihak OnePlus, kerana ia merupakan sebuah pencapaian terbaru mereka. OnePlus 6 telah terjual sehingga 1 juta unit dalam tempoh sekitar 22 hari. Jikalau dibandingkan sebelum ini, ia mengambil masa sekitar 3 bulan untuk mencapai angka sama.
OnePlus 6 merupakan telefon pintar dengan skrin bertakuk 6.28-inci, dijana cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM dan storan mencapai 256GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang, dan kamera hadapan 16-megapixel.
Berbanding sebelum ini, OnePlus pada kali ini mengambil langkah untuk memasarkan telefon pintar berkenaan dengan lebih meluas – sekaligus membolehkan mereka mencapai angka ini.
Di Malaysia, OnePlus 6 dijual pada harga bermula RM2399.
OnePlus 6 is our most successful product yet! Thanks to our community for the overwhelming support. We'll keep doing our best in making the best flagship phones. ? https://t.co/pbqtZFIEtU
— Carl Pei (@getpeid) June 14, 2018