Cari @ Amanz

Microsoft telah menawarkan kemaskini sistem operasi Windows 10 terbaru sejak penghujung April 2018 lepas. Kemaskini yang dinamakan sebagai Windows 10 April 2018 Update ini menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk Timeline untuk memudahkan anda melihat garis masa penggunaan perisian, kawalan notifikasi, dan pelbagai lagi ciri menarik lain.

Sejak ditawarkan pada penghujung April 2018 lepas, Windows 10 April 2018 Update kini telah dipasang pada lebih 250 juta peranti seluruh dunia. Microsoft mengatakan hasil penggunaan kecerdasan buatan, mereka berjaya mengoptimasikan penawaran kemaskini terbaru ini kepada pengguna – selain menjadikan kemaskini ini ditawarkan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Lanjutan daripadanya juga, kini Microsoft mengumumkan penawaran Windows 10 April 2018 Update secara meluas, dimana semua pengguna yang masih belum mengemaskininya akan menerima kemaskini berkenaan secara automatik melalui Windows Update. Anda kelak akan menerima notifikasi mengenai kemaskini ini, dan komputer anda akan terpasang dengan versi terkini sistem operasi Windows 10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd