Cari @ Amanz

Bersama-sama penawaran Windows 10 April 2018 Update kepada semua pengguna seluruh dunia secara kemaskini automatik, hari ini Microsoft turut memperkenalkan versi Windows 10 terbaru untuk Windows Insider – sekaligus menguji sejumlah ciri-ciri baru melaluinya.

Salah satu ciri baru yang turut dibawa oleh Microsoft melalui versi pembangunan terbaru ini adalah sokongan papan kekunci SwiftKey.

SwiftKey Destkop

SwiftKey merupakan aplikasi papan kekunci maya yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih, dan telah diambil-alih oleh Microsoft pada 2016 lepas. Kini, akhirnya papan kekunci berkenaan dibawa oleh Microsoft ke desktop, dan ia akan diaktifkan apabila pengguna menggunakan papan kekunci maya untuk input teks pada desktop Windows 10 mereka.

Selain daripada itu, Microsoft turut menambah baik ciri Game Bar, yang mana kini turut memaparkan informasi seperti penggunaan CPU, GPU, RAM dan sebagainya. Langkah ini akan memudahkan lagi para pemain video mengoptimasikan sistem mereka untuk sesuatu permainan video, dan mengenal-pasti keupayaan sistem mereka.

Sejumlah ciri-ciri baru lain turut disertakan melalui Windows 10 Preview yang terbaru ini, termasuk kebolehan untuk menghalang video yang dimainkan automatik pada Edge.

Bagi anda yang mendaftar dibawah program Windows Insider, anda boleh menguji versi pembangunan terbaru ini pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd