Cari @ Amanz

Yonder Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang telah ditawarkan sejak beberapa tahun lepas, dan menyasarkan pengguna Celcom pada awalnya. Pada tahun ini, mereka dilihat menghadapi sedikit masalah, dan telah menghentikan penawaran perkhidmatan mereka untuk sementara.

Yonder Music

Namun, selang beberapa bulan, pada bulan Mei lepas, Yonder Music kembali beroperasi dengan aplikasi yang diberikan nafas baru – selain membuka akses secara percuma kepada semua pengguna tanpa mengira talian telekomunikasi.

Walaubagaimanapun, ia dilihat Yonder Music masih gagal menarik suntikan dana pelaburan. Disebabkan oleh itu, kini mereka mengumumkan yang mana akan menamatkan perkhidmatan mereka. Dengan persaingan sengit dalam arena penstriman muzik, semestinya para pelabur akan berkira-kira untuk melakukan pelaburan – apatah lagi ia didominasi oleh Spotify dan Apple Music.

Yonder Music

Bermula 15 Jun 2018, aplikasi Yonder Music akan berhenti ditawarkan kepada pengguna, dan perkhidmatan berkenaan akan ditamatkan.

Bagi anda yang mencari perkhidmatan penstriman muzik percuma yang lain, mungkin boleh menyemak penawaran Joox atau Spotify Free.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd