Cari @ Amanz

Samsung Dijangka Memperkenalkan Gear S4 Pada Bulan Ogos – Bersama Galaxy Note 9?

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung sedia dikatakan bakal memperkenalkan Galaxy Note 9 sekitar 9 Ogos 2018 kelak. Kini, hadir desas-desus baru mengatakan selain daripada Galaxy Note 9, Samsung juga mungkin memperkenalkan kemaskini kepada jam tangan pintar mereka dibawah siri Gear S.

Kali terakhir Samsung memperkenalkan jam tangan pintar dibawah siri Gear S adalah pada 2016, dimana ketika itu Gear S3 diperkenalkan. Tahun lepas, Samsung hadir dengan penawaran khusus untuk kecergasan melalui model baru dinamakan Gear Sport.

Kini, untuk tahun ini, pengeluar peranti terkemuka dari Korea Selatan ini dikatakan bakal memperkenalkan Gear S4.

Gear S4 dikatakan bakal menggunakan cip PLP (Panel Level Package), sekaligus membawa kepada rekaan yang lebih nipis dan juga harga lebih rendah. Disamping itu, ia juga dijangka hadir dengan kapasiti bateri lebih besar, dan mungkin menjalankan Tizen OS seperti sebelum-sebelum ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Ogos ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Samsung dalam arena jam tangan pintar ini


Komen ()