Sony pada minggu ini telah mengatakan yang mana mereka telah menghentikan pembangunan untuk pelancar antaramuka Xperia Home. Hal ini turut membawa kepada pelbagai spekulasi sama ada Sony akan keluar daripada arena peranti mudah-alih, atau turut akan menggunakan antaramuka asal Android.
Kini, menyentuh mengenainya, pihak Sony mengatakan pembangunan untuk Xperia Home dihentikan kerana mereka sedang membangunkan antaramuka pelancar yang baru.
Info penuh mengenainya masih tidak diketahui. Dengan perubahan baru yang disertakan pada Android P seperti sokongan gesture dan sebagainya, mungkin Sony ingin lebih mengoptimasikan paparan antaramuka mereka kepada pengguna.
Dengan perkembangan ini, kita mungkin melihat pengenalan antaramuka baru pada peranti Android akan datang tidak lama lagi.