Cari @ Amanz

Apple sebelum ini sedia hadir dengan iPhone X yang menggunakan panel OLED untuk skrinnya. Walaupun paparan yang ditawarkan adalah lebih cantik dan menawan, namun salah satu kekurangan yang turut hadir bersama adalah dari segi kos – iaitu lebih mahal.

Apple sebelum ini telah dikatakan bakal menggunakan panel OLED sepenuhnya pada iPhone bermula 2019 kelak. Namun, kini laporan baru hadir daripada WSJ, menyasarkan peralihan berkenaan mungkin ditangguhkan dan berlaku selepas 2020 kelak.

Punca utama untuk penangguhan ini adalah disebabkan oleh kos panel OLED yang masih tinggi berganda jikalau dibandingkan dengan panel LCD. Menurut salah seorang penganalisa, Apple akan kekal menawarkan pilihan iPhone dengan LCD pada 2019 dalam memastikan penawaran iPhone berkenaan masih mampu milik dan tidak berharga terlalu tinggi.

Disamping kos tinggi, Apple juga perlu melihat kepada beberapa perkara lain sebelum melakukan peralihan sepenuhnya – termasuk dari segi pengeluaran panel berkenaan oleh pembekalnya yang mana mungkin tidak dapat ditampung sesetengah pihak.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari panel OLED atau tidak kisah penggunaan panel LCD pada peranti mudah-alih anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd