Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini sedia mengejutkan ramai pihak dengan pengenalan HoloLens, iaitu sebuah peranti realiti-gabungan yang disasarkan lebih kepada pengguna perusahaan. Menggunakannya, pelbagai perkara boleh dilakukan dengan pantas berbanding kebiasaan. Sebagai contoh, dalam pembinaan bangunan, pelbagai kiraan boleh dilakukan dengan maya serta melihat sesuatu contoh bangunan secara maya menggunakan HoloLens sebelum melakukan pembinaan sebenar.

Selepas kejayaan HoloLens generasi pertama, kini Microsoft dilihat telah melihat kepada pembangunan generasi kedua peranti realiti-gabungan berkenaan.

Menurut laporan baru, HoloLens 2 dijangka diperkenalkan pada suku pertama 2019 kelak. Peranti ini dijangka akan turut menggunakan cip pemprosesan terbaru daripada Qualcomm, iaitu Qualcomm XR1.

Cip ini telah diperkenalkan dengan fokus terhadap arena realiti-gabungan sebelum ini, dan beberapa pengeluar dijangka hadir dengan peranti realiti-gabungan menggunakannya dalam beberapa bulan lagi.

Dengan beberapa info awal ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenai HoloLens 2 dalam masa bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd