Apple Maps Menghadapi Masalah Navigasi

Apple Maps Menghadapi Masalah Navigasi

Diterbitkan pada June 15, 2018 oleh .

Apple Maps merupakan perkhidmatan pemetaan yang ditawarkan oleh Apple pada peranti mereka. Seperti perkhidmatan pemetaan lain, selain ciri carian, ia juga turut menyertakan sokongan navigasi dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, kini untuk sementara waktu, Apple Maps dilihat menghadapi masalah untuk sokongan navigasi dan carian. Perkara ini disahkan oleh Apple melalui halaman System Status mereka.

Buat masa ini, masih tiada sebarang masa diberikan Apple berkaitan bilakah masalah ini akan diatasi. Untuk sementara waktu ini, mungkin anda boleh menggunakan aplikasi alternatif lain seperti Google Maps dan juga Waze.


TIPS & ULASAN