Sementara ramai yang sedang bercuti raya, perkhidmatan MYNIC yang menguruskan nama domain .MY dilihat menghadapi masalah teknikal. Sejumlah pengguna dilihat menghadapi masalah untuk mengakses laman web dengan akhiran .my.
Beberapa penyedia perkhidmatan telah mula mengeluarkan notis berkaitan masalah ini. Selain daripada itu, pihak MYNIC sendiri melalui laman sosial mengatakan mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ia dilihat pengguna dengan beberapa IP sahaja yang menghadapi masalah untuk mengakses laman web dengan akhiran .MY ini
We are currently experiencing some Technical Issue related to DNSSEC chain with IANA. We feel sorry for any inconvenience to the customers. We are working hard to resolve this issue as soon as possible. More details will be issued from time to time.
— MYNIC Berhad (@mynicberhad) June 15, 2018
Menurut MYNIC, masalah yang dihadapi berkait rapat dengan rantaian DNSSEC. MYNIC masih tidak memberikan sebarang tempoh masa berkaitan bilakah masalah ini akan diatasi.
Saya telah dimaklumkan berkenaan perkara ini pagi tadi. Tindakan sedang diambil oleh MYNIC dan SKMM utk mengatasinya. Harap ianya dpt diselesaikan dgn segera. Maklumat lanjut selepas menerima laporan terperinci kemudian. https://t.co/nRML3MhLXt
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) June 16, 2018