Asus Zenfone Ares Dilancarkan Dengan Snapdragon 821 Dan Memori 8GB RAM

Asus Zenfone Ares Dilancarkan Dengan Snapdragon 821 Dan Memori 8GB RAM

Diterbitkan pada June 16, 2018 oleh .

Asus pada tahun ini telah mencuri perhatian ramai dengan penawaran beberapa peranti menarik. Terkini, Asus di Taiwan dilihat telah melancarkan sebuah telefon pintar baru dinamakan Zenfone Ares.

Asus Zenfone AR

Asus Zenfone Ares hadir dengan skrin 5.7-inci Super AMOLED, dilengkapi cip Snapdragon 821, memori 8GB RAM dan storan sehingga 128GB UFS 2.0. Ia turut hadir dengan kamera belakang 23-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Asus dilihat menekankan kepada ciri realiti-maya dan realiti-gabungan melalui telefon pintar ini. Ia turut hadir dengan sokongan ARCore untuk penawaran kandungan realiti-gabungan.

Asus Zenfone AR

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan audio SonicMaster 3.0, bateri berkapasiti 3300mAh dan juga sistem operasi berasaskan Android Nougat.

Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan di Taiwan sahaja pada harga TWD 9,999, iaitu sekitar RM1325.


TIPS & ULASAN