OnePlus 6 Menerima Kemaskini Bagi Menampal Kerentanan Bootloader
Artikel Berkaitan

OnePlus 6 Menerima Kemaskini Bagi Menampal Kerentanan Bootloader

Diterbitkan pada June 16, 2018 oleh .

Minggu ini kerentanan pada Bootloader OnePlus 6 telah ditemui. Ini menimbulkan masalah sekuriti yang membahayakan data peribadi pemilik peranti ini kerana perisian hasad dapat dipasang tanpa pengetahuan.

Semalam kemaskini OxygenOS 5.1.7 telah diberikan kurang seminggu selepas kemaskini OxygenOS 5.1.6 diberikan. Menerusinya kerentanan pada Bootloader telah ditampal bagi bersama dengan beberapa pepijat yang menyebabkan ketidakstabilan pada peranti. Kemaskini OTA ini diberikan secara berperingkat. Berita baik bagi pemilik ialah OnePlus pantas menampal kerentanan yang ditemui ini.


TIPS & ULASAN