Carian
Perkhidmatan Domain .my Kembali Beroperasi Seperti Asal
June 16, 2018 Aman

Sejak daripada lewat petang semalam, laman web menggunakan nama domain .my menghadapi masalah untuk diakses. Hal ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal pada bahagian MYNIC – badan yang menyelenggara nama domain .my di Malaysia. Mynic mengatakan masalah ini berkait rapat dengan masalah rantaian antara pelayan MYNIC dengan IANA (Internet Assigned Numbers Authority) yang terputus.

Ia dikatakan pelayan MYNIC berkaitan mengalami kerosakkan, sekaligus membawa kepada terputusnya rantaian kepercayaan antara pelayan MYNIC dan IANA. Hal ini sekaligus membuatkan pengguna seluruh dunia menghadapi masalah untuk mengakses laman-laman yang menggunakan nama domain .MY – termasuk laman perbankan tempatan.

Apa pun, masalah berkenaan kini telah diatasi, dan perkhidmatan .MY kembali pulih seperti biasa. MYNIC turut menekankan yang mana tiada sebarang data pelanggan yang tertiris sepanjang insiden ini.

Bagi pengguna tempatan, kini anda sudah boleh mengakses perkhidmatan dan laman web berasaskan domain .MY seperti sedia kala.

Komen