Tencent Dilaporkan Menghampiri Pengambil-Alihan 10% Daripada Penerbit PUBG, Bluehole

Tencent Dilaporkan Menghampiri Pengambil-Alihan 10% Daripada Penerbit PUBG, Bluehole

Diterbitkan pada June 17, 2018 oleh .

Tencent sebelum ini sedia mempunyai sedikit pegangan pada Bluehole, yang mana sekitar 1.5%, sekaligus memudahkan mereka mendapat hak penerbitan permainan PUBG untuk peranti mudah-alih. Kini, laporan baru hadir daripada WSJ mengatakan Tencent kini sedang dalam perbincangan membeli saham daripada beberapa pelabur sedia ada di Bluehole.

Tencent dikatakan ingin mendapatkan sekitar 10% daripada pegangan pada penerbit permainan popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG. Ia dikatakan pengambil-alihan pegangan ini oleh Tencent menilaikan syarikat Bluehole mencapai sekitar $5 bilion iaitu hampir RM19.98 bilion.

Laporan sama turut mengatakan yang mana Tencent tidak pernah membeli pegangan mencapai 10% secara langsung pada Bluehole – berbeza dengan beberapa laporan daripada media Korea sebelum ini.

Pelaburan pihak Tencent dalam arena permainan bukan sesuatu yang baru. Mereka juga turut mempunyai pegangan pada permainan pesaing terdekat PUBG, iaitu Fortnite. Tencent memegang sekitar 40% pada Epic Games yang menerbitkan Fortnite.


TIPS & ULASAN