iPhone 3GS Ditawarkan Semula Di Korea Selatan Pada Harga RM 159 Sebuah.

iPhone 3GS Ditawarkan Semula Di Korea Selatan Pada Harga RM 159 Sebuah.

Diterbitkan pada June 17, 2018 oleh .

Apakah iPhone pertama yang anda miliki? Di dalam kes saya ia sebuah iPhone 3GS yang dibeli lapan tahun yang lalu beberapa bulan sebelum iPhone 4 diumumkan. Ia masih lagi berfungsi tetapi tidak lagi menerima sokongan kemaskini serta aplikasi selepas iOS 6. Bagi yang ingin bernostalgia, iPhone 3GS ditawarkan semula di Korea Selatan sebagai peranti kegunaan kanak-kanak sekolah.

Syarikat telekomunikasi SK Telink menawarkan iPhone 3GS yang masih lagi baru tetapi tersimpan lama di gudang sebagai telefon pra-bayar pada harga hanya 40,000 Won ( RM 159). Kerana ia tidak mempunyai sokongan aplikasi seperti WhatsApp, ia adalah telefon pintar yang sesuai untuk pelajar sekolah kerana tiada gangguan untuk menggunakan aplikasi terkini dan amat mampu milik seperti sebuah feature phone.

Harga yang ditawarkan memang murah tetapi terdapat beberapa kekurangan seperti tiada sokongan membaik pulih dari Apple dan sistem operasi yang mempunyai kerentanan kerana tiada kemaskini keselamatan sejak bertahun lamanya. Siapa sangka telefon pintar yang dahulunya simbol status kemewahan, kini dijual semula sebagai “telefon tidak pintar” di Korea Selatan.


TIPS & ULASAN