Selepas kejatuhan Blackberry, terdapat vakum dalam pasaran peranti pintar yang sesuai digunakan untuk perusahaan. Google memperkenalkan program Android Enterprise Recommended pada Februari lalu bagi memudahkan mengesyorkan 21 peranti yang memenuhi keperluan korporat.
Senarai ini bertambah sebanyak 14 peranti lagi hujung minggu ini. Peranti keluaran Huawei, Sharp. Sonim, Sony, Motorola dan Blackberry adalah antara yang disenaraikan. Ia turut mengandungi dua tablet pertama yang melepasi piawaian Google. Menerusi Android Enterprise Recommended, peranti dijamin akan menerima kemaskini keselamatan dalam masa 90 hari selepas ia dikeluarkan Google, menggunakan sekurang-kurangnya Android Nougat dan zero touch enrolment. Peranti-peranti terkini yang disarankan adalah seperti di bawah.
- BlackBerry Key2
- Huawei MediaPad M5 10.8
- Huawei MediaPad M5 8.4
- Huawei P20
- Huawei P20 Pro
- Motorola Moto G6,
- Motorola Moto G6 Plus
- Motorola Moto Z3 Play
- Nokia 3.1
- Nokia 5.1
- Sharp AQUOS SH 10-K
- Sonim XP8.
- Sony Xperia XZ2 Compact
- Sony’s Xperia XZ2