Huawei Cloud PC Membolehkan Komputer Windows 10 Distrim Ke Telefon Pintar Android

Huawei Cloud PC Membolehkan Komputer Windows 10 Distrim Ke Telefon Pintar Android

Diterbitkan pada June 17, 2018 oleh .

Telefon pintar telah menggantikan kamera, mesin faks, pengimbas dokumen, konsol mudah alih dan kad kredit. Teknologi yang digunakan pada telefon pintar sekarang adalah cukup menakjubkan tetapi pada hemat kami masih belum mampu menggantikan komputer Windows secara menyeluruh. Di acara CES Asia 2018, Huawei memperlihatkan teknologi yang membolehkan Windows 10 distrim terus pada peranti.

Teknologi Huawei Cloud PC menyambungkan sebuah telefon pintar kepada sebuah komputer Windows 10 milik pengguna menggunakan sambungan internet. Kandungan komputer distrim terus ke telefon pintar sekaligus membolehkan aplikasi Windows “digunakan” pada komputer Android. Melalui Desktop Mode EMUI, pengguna boleh memaparkan kandungan terus ke skrin yang lebih besar dan menggunakan tetikus serta papan kekunci Bluetooth untuk melakukan tugasan seperti sebuah desktop sebenar.

Paling menarik mengenai sistem ini ialah pengguna boleh menyunting kandungan di dalam telefon pintar menggunakan komputer Windows 10 yang sedang distrim secara atas talian. Dengan kata lain gambar dari telefon boleh disunting menggunakan Adobe Phoshop yang distrim dari jarak jauh. Pada waktu yang sama lukisan CAD dari desktop Windows 10 boleh disimpan terus ke dalam telefon pintar.

Sistem Huawei Cloud PC ini akan dilancarkan pada 26 Jun hadapan pada peranti Mate 10 terlebih dahulu. Tetapi kami difahamkan ia akan turut menyokong P20 Pro, P20, Mate RS dan MediaPad M5 di masa hadapan.


TIPS & ULASAN