Cari @ Amanz

Ketika dilancarkan pada bulan Mei, Xiaomi Black Shark hanya ditawarkan dalam warna hitam dan kelabu dengan kemasan berwarna hijau. Warna yang ditawarkan ini agak terhad dan mungkin kurang menarik. Bagi mereka yang inginkan Black Shark dengan pilihan warna berbeza, ia kini ditawarkan pula dalam warna Royal Blue.

Versi ini hanya ditawarkan dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan 128GB.  Tidak seperti dua model terdahulu, model ini mempunyai kemasan berwarna hitam dan bukannya hijau. Di China ia dijual pada harga RMB 3499 (~RM 2172).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd