Cari @ Amanz

Oppo bakal memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka dibawah siri Find pada minggu ini, iaitu Oppo Find X. Selari dengannya, Oppo telah hadir dengan sejumlah gambar acah, dan menariknya melalui gambar acah terbaru, ia memperlihatkan Oppo Find X akan hadir dengan nisbah skrin ke badan mencapai 93.8%.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana ia akan menawarkan rekaan nirbingkai dengan rekaan skrin menyeluruh – berbeza dengan beberapa peranti dipasaran hari ini.

Oppo Find X

Sebagai perbandingan kasar, Vivo NEX yang baru dilancarkan tempoh hari hanya menawarkan nisbah skrin ke badan sekitar 91.24% sahaja – dimana mereka mencapainya dengan tanpa rekaan bertakuk, dan menyembunyikan kamera melalui bahagian pop-up khusus.

Dengan kehadiran gambar acah baru ini, semestinya ramai menantikan rekaan peranti Oppo Find X ini secara sepenuhnya.

Sama-sama kita berharap agak kita tidak ditipu lagi seumpama gambar acah Lenovo sebelum ini, ataupun di Malaysia sendiri dengan penawaran “Pertama di Malaysia” daripada Telekom Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd