Huawei pada tahun ini telah mencuri perhatian ramai dengan pengenalan telefon pintar dibawah siri-P20 yang menawarkan kualiti rakaman gambar yang sangat baik. Huawei P20 Pro juga turut menjadi peranti pertama yang hadir dengan tri-kamera dibelakang dengan teknologi Leica.
Terkini, berkongsi mengenai angka pengeluaran peranti berkenaan, Huawei mengatakan mereka telah memasarkan sekitar 6 juta peranti Huawei P20/P20 Pro setakat ini.
Jikalau dibandingkan dengan siri P10 sebelum ini, ia dikatakan memperlihatkan peningkatan lebih 81% untuk tempoh sama sebelum ini.
Ini sekaligus boleh dikatakan memperlihatkan yang mana lebih ramai kini mula memandangkan jenama Huawei sebagai pilihan mereka berbanding beberapa tahun lepas. Dengan populariti peranti Huawei ini juga, kita mungkin akan melihat Huawei berjaya mencapai sasaran jualan peranti mereka untuk tahun ini, iaitu sebanyak 200 juta peranti diseluruh dunia.