Carian
Google Bakal Memberi Nama Untuk Suara-Suara Google Assistant
June 18, 2018 Fahim Zahar

Dengan pengenalan Android P, pelbagai perkara baru sedang Google usahakan. Daripada rekaan antaramuka untuk aplikasi-aplikasi, fungsi dan ciri baru dan banyak lagi. Terkini, dalam aplikasi Google terbaru – Google sedang menguji untuk memberi nama kepada suara-suara Google Assistant.

Sebelum ini, suara-suara Google Assistant hanya dilabelkan sebagai “Voice 1“, “Voice 2” sehingga “Voice 8“. Untuk ujian Google ini, nama untuk suara-suara Google Assistant adalah berdasarkan warna – Red, Orange, Amber, Green, Cyan, Blue, Purple dan Pink. Nama-nama ini dilihat muncul dalam aplikasi Google versi 8.8 beta, walapun sudah mengemaskini kepada versi ini – hanya beberapa pengguna Android P terkini sahaja yang dapat lihat nama baru suara Google Assistant ini. Selain daripada nama, antaramuka pemilihan suara juga menggunakan rekaan baru yang lebih menarik.

Minggu lepas, kod AOSP terbaru menyatakan peranti baru Google mungkin akan menyokong pengecasan tanpa wayar. Kini kod tersebut telah hadir dalam aplikasi Google versi yang sama. Sekali gus memberi bukti di mana peranti baru Google iaitu Pixel 3 mungkin akan menyokong fungsi menarik ini.

Komen