Cari @ Amanz

Pembelian dan pengambil-alihan domain (alamat laman sesawang) bukanlah sesuatu yang baru. Kadang kala ada juga yang sanggup merampas domain daripada pemilik asalnya kerana domain tersebut merupakan sebuah domain yang sangat dikehendaki.

Di Amerika Syarikat, seorang lelaki bernama Sherman Hopkins Jr baru sahaja disabitkan kesalahan kerana percubaan merampas domain laman sesawang doitforstate.com daripada Ethan Deyo, pemilik domain tersebut dengan sepucuk pistol pada bulan Jun 2017.

Sherman dikatakan mengajukan pistol tersebut ke kepala Ethan dan memaksanya untuk memberi hak milik domain laman web tersebut kepadanya. Ethan berjaya merampas pistol tersebut daripada Sherman, tetapi hanya selepas mereka bergelut seketika dan Ethan ditembak di bahagian kaki.

Di mahkamah, Sherman Hopkins Jr mengaku bersalah diatas kejadian tersebut, dan disabitkan hukuman penjara selama 20 tahun. Tiada maklumat tambahan diberikan mengenai sebab Sherman sanggup melakukan kesalahan tersebut semata-mata untuk mengambil-alih domain doitforstate.com tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd