Perisian Pembinaan Dunia 3D SculptrVR Bakal Hadir Untuk Peranti Realiti Maya Sony PSVR

Perisian Pembinaan Dunia 3D SculptrVR Bakal Hadir Untuk Peranti Realiti Maya Sony PSVR

Diterbitkan pada June 18, 2018 oleh .

SculptrVR merupakan sebuah perisian yang membolehkan pengguna untuk mengolah objek dan juga dunia 3D menggunakan sistem realiti maya seperti Oculus Rift, HTC Vive dan juga Google Daydream.

Terkini, nampaknya perisian tersebut akan tiba untuk para pengguna peranti realiti maya Sony PlayStation VR, seperti yang diumumkan di PlayStation Blog tidak lama dahulu.

Dengan perisian SculptrVR, anda bukan sahaja boleh membina objek 3D, anda juga boleh membina persekitaran dan dunia 3D di dalam realiti maya. Kebolehan perisian ini untuk zoom masuk sebanyak 10 ribu kali membolehkan anda mencipta sebuah gunung, rumah, kerusi dan meja, dan juga serangga didalam satu peta.

Nathan Rowe, pengasas SculptrVR mengatakan bahawa perisian SculptrVR ini masih belum lengkap lagi, dan beliau akan menambah ciri-ciri lain seperti sokongan untuk gambar rujukan, bentuk baru dan juga sokongan Multiplayer.

Perisian SculptrVR ini akan tiba di PS Store untuk peranti PlayStation VR pada 19 Jun tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN