Cari @ Amanz

Kehangatan FIFA 2018 masih lagi terasa, lebih-lebih lagi kesilapan yang dilakukan oleh Messi dengan sebelas sepakan tetapi tiada gol. Xiaomi turut menyambut FIFA 2018 dengan melancarkan INSAIT JOY – iaitu bola sepak pintar dengan modul pengiraan trajektori.

Bole sepak pintar INSAIT JOY oleh Xiaomi ini direka mengikuti piawaian FIFA. Ia dihasilkan melalui teknologi ikatan haba dan bukannya cara jahitan biasa. Bahan yang digunakan adalah plastik tahan lasak dan juga lapisan butyl. Menjadikan bola sepak ini lebih menarik adalah ia mempunyai modul pengiraan trajektori, sensor prestasi dan juga cip pengiraan mikro. Cip-cip ini berjalan di masa nyata untuk algoritmanya menganalisa trajektori dan pergerakan bola.

 

Seperti gajet pintar Xiaomi lain, bola ini turut boleh diselarikan dengan aplikasi untuk pengguna melihat prestasi mereka. Aplikasi ini turut membenarkan pengguna menguji diri dalam melakukan beberapa cabaran dan aplikasi tersebut akan memberi skor berdasarkan sepakan pengguna.

Bola sepak pintar Xiaomi ini hadir dengan dua model iaitu 4th dengan ukur lilit/berat sehingga 660mm/390g dan 5th dengan ukur lilit/berat sehingga 700mm/450g. Kedua-dua model bola sepak ini dijual pada harga RMB299 (~RM186) sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd