Elon Musk sebelum ini mengatakan bahawa Tesla akan menghasilkan 5000 buah kereta Model 3 seminggu menjelang bulan Julai tahun ini, dan nampaknya syarikat tersebut sedang berusaha keras untuk memastikan ia boleh mencapai sasaran tersebut.
Baru-baru ini, syarikat Tesla dikatakan telah melepaskan beberapa pekerja berjawatan eksekutif, dan ekoran daripada insiden tersebut, ia telah meningkatkan produktiviti dari segi pengeluaran kereta Tesla Model 3 mereka.
Menurut emel daripada Elon Musk tersebut, Tesla kini dilihat menyiapkan 3500 buah kereta Tesla Model 3 sebanyak 500 hingga 700 unit sehari, ataupun 3500 unit seminggu di kilang mereka di Fremont.
Ini masih jauh daripada sasaran mereka untuk mengeluarkan 5000 buah kereta Tesla Model 3 seminggu, tetapi Elon Musk masih nekad untuk memastikan ianya menjadi kenyataan.
Beliau berkata bahawa beliau akan berada di kilang Fremont tersebut 24/7 untuk memastikan para pekerja mereka mendapatkan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan kilang mereka mampu bergerak ke arah mengeluarkan 5000 buah kereta seminggu.
Bahagian-bahagian yang dikatakan memerlukan penambahbaikan “radikal” termasuklah bahagian mengecat, General Assembly Line 3 dan 4 dan juga “End of Line”, yang akan diperbaiki dalam masa terdekat ini.