Samsung Experience adalah antaramuka untuk telefon pintar atau tablet Samsung. Ia adalah satu perubahan yang paling menarik dan kelihatan lebih stabil berbanding TouchWiz pada suatu ketika dahulu. Terkini, Samsung mengembalikan aplikasi Good Lock iaitu aplikasi mengubahsuai pelancar yang popular pada zaman Android Marshmallow.
Good Lock 2018 is very good! The new UX is currently only available for download from Samsung Galaxy App in Korea. Please wait patiently. pic.twitter.com/dsu1MapsNs
— Ice universe (@UniverseIce) June 15, 2018
Dulu, aplikasi ini adalah eksklusif dalam Samsung Galaxy Apps, kerana ia hanya boleh digunapakai untuk peranti Samsung. Ia membenarkan pengguna mengubah warna, antaramuka dan pelbagai rekaan mengikut cita rasa pengguna. Namun, selepas kemaskini Android Nougat aplikasi ini sudah dibuang dan tidak boleh digunapakai.
Informasi ini dikicau oleh @UniverseIce di Twitter. Good Lock baru dilihat mempunyai kemampuan mengubah rekaan recent apps, warna ikon pintasan tetapan dan akses pantas Bixby seakan Google Assistant.
Walau bagaimanapun, Good Lock hanya terdapat untuk pengguna di Korea. Sama-sama kita nantikan Samsung untuk melancarkan aplikasi ini secara global.