Cari @ Amanz

Pada tahun 2016, Samsung, Qualcomm, TSMC dan Global Foundries telah disaman oleh KAIST (Korea Advanced Institute of Science and Technology) kerana didakwa melanggar paten teknologi FinFET yang dicipta oleh mereka. Pada hujung minggu lalu, mahkamah di Texas mengarahkan Samsung untuk membayar ganti rugi sebanyak $400 juta (~RM 1.6 bilion) kerana didapati bersalah.

Qualcomm Snapdragon 835

Qualcomm dan Global Foundries turut didapati bersalah tetapi tidak diarahkan membayar sebarang ganti rugi. Pihak Samsung telahpun memfailkan rayuan ke atas keputusan yang diberikan. Di dalam kes ini, KAIST mendakwa teknologi FinFET mereka “dicuri” oleh Samsung selepas seorang profesor dari Seoul National University melakukan pembentangan mengenai teknologi 10 nm kepada jurutera Samsung. Seoul National University adalah rakan teknologi KAIST.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd