Cari @ Amanz

Snapchat adalah platform sosial media yang menarik. Kebanyakan ciri menarik yang ada pada Instagram, Facebook dan juga WhatsApp pada asalnya diperkenalkan oleh Snapchat. Untuk mempopularkan lagi platform ini – Snapchat memperkenalkan SnapKit untuk pembanugn mengintegrasi ciri dan fungsi menarik Snapchat pada aplikasi mereka.

Setakat ini, SnapKit hanya boleh mengintegrasikan ciri-ciri seperti:

  • Creative Kit: Membenarkan pembangun mengintegrasi pelekat, penuras atau pautan tersendiri. Fungsi ini membenarkan pengguna berkongsi data dari aplikasi pembangun terus ke Snapchat.
  • Login Kit: Membenarkan pembangun untuk mengintegrasi akaun Snapchat terus ke aplikasi mereka. Ini memudahkan pengguna untuk log masuk dan terus menggunakan Bitmoji sebagai gambar profil.
  • Bitmoji Kit: Membenarkan pengguna mengguna Bitmoji dalam aplikasi pembangun dan memberi personaliti tersendiri untuk emoticons.
  • Story Kit: Membolehkan pembangun mengintegrasikan Snapchat Stories ke dalam platform mereka seperti web atau aplikasi. Selain itu, pembangun turut boleh membuat carian data masa, lokasi dan kapsyen untuk mengumpul minat pengguna.

Buat masa ini terdapat dua aplikasi yang boleh digunakan di Malaysia yang menggunakan SnapKit ini anataranya adalah: Tinder dan Soundhound. Kedua-dua aplikasi ini menggunakan fungsiĀ StoryKit untuk aplikasi mereka.

Dengan integrasi menarik ini, mungkin tidak lama lagi akan lebih banyak aplikasi akan menggunakan SnapKit dan Snapchat juga mungkin boleh menjadi semakin popular.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd