Xiaomi Mi A2 Muncul Di Laman Switzerland Dan Akan Dijual Ogos Ini

Xiaomi Mi A2 Muncul Di Laman Switzerland Dan Akan Dijual Ogos Ini

Diterbitkan pada June 18, 2018 oleh .

Xiaomi Mi A1 ialah peranti pertama Xiaomi dengan sistem operasi Android One tanpa pelancar MIUI. Dengan penggunaan Android One, kemaskini diterima lebih awal dari biasa dengan antaramuka yang lebih menghampiri Android Asli. Di Malaysia ia menerima sambutan yang baik kerana harga jualan yang amat mampu milik.

Xiaomi Mi 6XOleh sebab itu kemunculan Xiaomi Mi A2 amat dinantikan. Telefon pintar ini telahpun tertiris di sebuah laman jualan atas talian di Switzerland.  Seperti dijangka, Mi A2 ialah sebuah Mi 6X yang menggunakan sistem operasi Android One. Ia bakal dijual pada bulan Ogos dengan harga bermula dari Euro 250(~RM 1162) sebuah untuk model dengan 4GB RAM dan storan 32GB.

Xiaomi Mi A2 ialah peranti dengan skrin 5.99″ FHD+, dijana dengan Snapdragon 660 dan memori 4GB/6GB RAM dan storan 64GB/128GB. Sistem dwi kamera utama menggabungkan sensor 12-Megapixel f/1.75 + 1.25μm dan 20-Megapixel f/1.75 + 2μm. Manakala kamera hadapan pula sebesar 20-Megapixel f/1.75 + 2μm. Bateri berkapasiti 3010mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini. Ia juga menyokong pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 melalui port USB-C

Di Malaysia setakat ini hanya Mi A2 Lite telah memasuki senarai ujian Sirim. Peranti ini walau bagaimanapun dipercayai adalah sebuah Redmi 6 yang dijenamakan semula dengan spesifikasi yang lebih rendah.

 


TIPS & ULASAN