Carian
Apple iOS12 Akan Berkongsi Lokasi Secara Automatik Ketika Panggilan 911 – Hanya Di Amerika
June 18, 2018 Aman

Apple hari ini mengumumkan yang mana para pengguna di Ameirka Syarikat akan menerima ciri keselamatan tambahan melalui kemaskini iOS 12 kelak, dimana data berkaitan lokasi mereka akan dikongsikan secara automatik ketika membuat panggilan kecemasan 911.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan informasi disampaikan dengan pantas, selain mengurangkan masa respon kecemasan.

iOS12 911

Apple mengatakan sekitar 80% panggilan kecemasan 911 di Amerika Syarikat hadir daripada telefon mudah-alih, dan dengan ciri ini, ia akan membantu pengguna dalam sesuatu detik krtikal.

Buat masa ini, ciri ini hanya diumumkan untuk pengguna dipasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri lebih kurang sama akan diperluaskan untuk pengguna pasaran global.

Komen