Volvo Hadir Dengan Teknologi Swatambat Untuk Kapal Layar

Volvo Hadir Dengan Teknologi Swatambat Untuk Kapal Layar

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Pada hari ini, pelbagai syarikat teknologi sedia membangunkan sistem swapandu untuk kenderaan di darat, selain turut melabur kepada arena kenderaan terbang dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan kenderaan laut?

Volvo kini mengambil peluang untuk menjadi antara terawal untuk memperlihatkan sistem swadermaga untuk kapal layar. Melaluinya, sesuatu kapal layar boleh ditambatkan ke dermaga secara automatik.

Daripada demo awal yang dipertontonkan, Volvo menunjukkan kebolehan sebuah kapal layar 68-kaki yang ditambatkan ke dermaga secara automatik dengan bantuan sejumlah sensor. Volvo turut mengatakan yang mana sistem berkenaan turut boleh melaraskan proses tambatan serta-merta berdasarkan kepada keadaan angin dan sebagainya.

Volvo turut menekankan yang mana menambat bot ke dermaga adalah sebuah proses yang mencabar, dimana sebarang kesilapan boleh membawa kepada kos yang tinggi. Dengan sistem swatambat ini, Volvo ingin memudahkan lagi proses berkenaan.

Buat masa ini, ia masih memerlukan seseorang untuk memantau sistem berkenaan sekiranya terdapat masalah – lebih kurang seumpama pelbagai teknologi swapandu yang sedang diuji pada masa kini. Volvo menyasarkan tahun 2020 untuk memperkenalkan teknologi ini secara umum.


TIPS & ULASAN