Google Mula Memperkenalkan Android Messages Pada Web

Google Mula Memperkenalkan Android Messages Pada Web

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Google sebelum ini sedia menawarkan Google Allo pada web. Kini, selain daripada Allo pada web, gergasi internet berkenaan juga kini dalam proses untuk memperkenalkan satu lagi perkhidmatan permesejan mereka di web, iaitu Android Messages.

Untuk makluman, Android Messages merupakan salah satu aplikasi permesejan daripada Google yang hadir dengan sokongan SMS dan juga RCS. Dengan pengenalan pada web, ia sekaligus akan membolehkan pengguna kekal berkomunikasi menggunakan SMS melalui pelayar web mereka.

Android Messages Web

Buat masa ini, laman web khusus untuk Android Messages telah pun aktif, dan memaparkan kebolehan untuk mengimbas kod QR untuk memautkan ia dengan aplikasi anda. Walaubagaimanapun, Google masih belum memperkenalkan kemaskini pada aplikasi Android Messages yang menawarkan sokongan mengimbas kod berkenaan.

Google dijangka memperkenalkan kemaskini serta mengaktifkan sokongan mengimbas kod QR untuk memautkan Android Messages ini bermula minggu ini.


TIPS & ULASAN