Carian
Apple Didenda RM 26 Juta Kerana Mengelirukan Pengguna Mengenai Isu Error 53
June 19, 2018 Effi Saharudin

Hampir tiga tahun yang lalu sesetengah pengguna iPhone mengalami masalah Error 53. Apabila ini berlaku peranti tidak boleh diakses apabila iOS mengesan sistem TouchID tidak digantikan oleh pusat alat ganti bertauliah. Selepas diancam saman dan dikecam, Apple segera memberikan kemaskini iOS untuk menyelesaikan masalah ini.

Di Australia Apple telah didenda AUD 9 Juta (~RM 27 Juta) oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pengguna mengenai isu ini. Sebanyak 275 pengguna mendakwa Apple tidak mahu membaik pulih peranti mereka yang mengalami masalah Error 53. Ini menurut Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) melanggar undang-undang hak pengguna dan mereka diheret ke mahkamah tahun lalu.

Selepas disiasat. Apple segera memberikan bantuan kepada lebih 5000 pengguna yang turut mengalami Error 53. Sungguhpun begitu mereka masih didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Australia kerana menidakkan bantuan kepada 275 pengguna awal yang cuba membaiki peranti menerusi Apple.

Komen