Video Acah Oppo Find X Menunjukkan Rekaan Skrin Tanpa Takuk Serta Sistem Kamera Yang Melungsur Ke Atas

Video Acah Oppo Find X Menunjukkan Rekaan Skrin Tanpa Takuk Serta Sistem Kamera Yang Melungsur Ke Atas

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Vivo NEX ialah pemegang gelaran peranti dengan peratusan skrin kepada permukaan hadapan yang paling tinggi setakat ini iaitu 91.24%. Ia mampunya dagu yang kecil dan kamera swafoto disimpan di dalam mekanisme yang melungsur ke atas seperti periskop kapal selam. Oppo Find X yang akan dilancarkan esok di Paris, akan mempunyai 93.8% permukaan skrin di bahagian hadapan.

Rekaan peranti ini telah didedahkan di dalam video promosi Piala Dunia di China. Dari video di atas ia menunjukkan rekaan hampir semua skrin yang menyerupai Vivo Nex. Tiada kamera dilihat pada bahagian hadapan. Pada bahagian belakang pula terdapat mekanisme yang melungsur ke atas untuk menunjukkan sistem dwi-kamera dan flash. Besar kemungkinan apabila ia dilungsur ke atas, kamera swafoto juga akan didedahkan di hadapan. Ini adalah rekaan yang unik untuk Find X.


TIPS & ULASAN