Cari @ Amanz

Google Photos adalah aplikasi galeri dan juga perkhidmatan sandaran gambar dan video oleh Google. Ia mempunyai banyak ciri dan fungsi menarik seperti menyunting gambar secara automatik, menghasilkan kolaj dan juga menggabungkan gambar-gambar kepada satu video. Terkini, Google Photos dilihat mengumpulkan gambar yang hampir sama dalam satu thumbnail.

Sebelum ini, hanya gambar yang dirakam secara berterusan sahaja yang dikumpulkan. Kini, gambar-gambar yang diambil secara biasa baik mod potret atau landskap jika ia hampir sama – algoritma Google akan mengumpulkannya dalam satu thumbnail. Walau bagaimanapun, fungsi ini dilihat hanya terdapat kepada beberapa pengguna dan belum secara menyeluruh. Selain itu, Google Photos turut mencadangkan gambar mana yang terbaik untuk pengguna pilih dan gambar lain boleh dipadam bagi menjimat ruang storan peranti dan juga storan awan.

Disebabkan Google Photos dan Google Drive diselarikan dalam satu platform, fungsi ini mungkin adalah salah satu teknologi kecerdasan buatan daripada Google Drive yang pernah saya laporkan sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd