Seagate Memperkenalkan Game Drive for Xbox SSD – SSD Dengan Storan 2TB Khusus Untuk Microsoft Xbox

Seagate Memperkenalkan Game Drive for Xbox SSD – SSD Dengan Storan 2TB Khusus Untuk Microsoft Xbox

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Salah satu masalah yang sering membelenggu gamer-gamer permainan konsol ialah masalah kekurangan storan, kerana kebelakangan ini permainan video biasanya mempunyai saiz fail yang sangat besar, sehinggakan kadang-kala storan bersaiz 500GB ataupun 1TB yang terbina didalam tidak mencukupi.

Seagate baru-baru ini mengumumkan sebuah storan SSD khusus untuk konsol permainan video Microsoft Xbox One yang dinamakan Seagate Game Drive for Xbox SSD. SSD ini dibina oleh Seagate untuk membolehkan para pengguna konsol Xbox One untuk menyimpan data permainan video mereka tanpa perlu risau mengenai kehabisan storan didalam konsol Xbox mereka.

Storan Game Drive ini hadir dengan beberapa pilihan storan, termasuklah 500GB, 1TB dan juga 2TB. Storan SSD ini disambungkan kepada konsol Xbox One melalui sambungan USB 3.0 yang menjanjikan kadar penghantaran data yang cukup laju,

Menurut Seagate, peranti storan Seagate Game Drive for Xbox SSD ini akan tiba pada musim panas ini untuk pasaran Amerika pada harga $600 (RM2400) untuk storan 2TB, $300 (RM1200) untuk storan 1TB dan $150 (RM600) untuk storan 500GB.


TIPS & ULASAN