Kecerdasan Buatan IBM Project Debater Diperlihatkan Dengan Kemampuan Berdebat Dengan Manusia

Kecerdasan Buatan IBM Project Debater Diperlihatkan Dengan Kemampuan Berdebat Dengan Manusia

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Kecerdasan buatan kini digunakan untuk memburu sel kanser, melakukan tempahan menerusi telefon dan belajar mempunyai masalah mental. IBM yang merupakan antara pelopor awal teknologi kecerdasan telah memperlihatkan IBM Project Debater, yang mampu berdebat dengan seorang manusia.

ARM Otak

Ketika diperlihatkan kepada umum, Debater berdebat dengan dua orang manusia mengenai isu yang dipilih. Ia mampu membalas fakta yang diberikan oleh manusia bagi mempertahankan pendiriannya. Walaupun masih di peringkat awal, ia mampu berdebat dengan fakta serta berseloroh bagi mendapatkan reaksi dari penonton.

Debater dilihat sebagai evolusi dari Watson, kecerdasan buatan yang mampu memberikan jawapan yang tepat kepada soalan yang diberikan dan Deep Blue yang mengalahkan Gary Kasparov dalam perlawanan catur lebih dua dekad yang lalu.

Berbeza dengan kecerdasan buatan seperti Google Assistant, Debater mendengar kesemua fakta yang disampaikan ketika sesi selama empat minit (menggunakan sistem suara kepada teks IBM Watson) dan memprosesnya semula bagi memberikan jawapan balas selama empat minit. Google Assistant dan Siri misalnya hanya mampu membalas jawapan yang menggunakan frasa pendek.


TIPS & ULASAN