AMD Hadir Dengan Kempen Pertukaran CPU – Intel Core i7-8086K Untuk CPU AMD Ryzen Threadripper 1950X
AMD

AMD Hadir Dengan Kempen Pertukaran CPU – Intel Core i7-8086K Untuk CPU AMD Ryzen Threadripper 1950X

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Di acara Computex Taipei baru-baru ini, Intel memperkenalkan CPU 6-teras Intel Core i7-8086K untuk menyambut ulang-tahun CPU Intel 8086 yang ke-40.

AMD baru-baru ini memperkenalkan kempen pertukaran CPU bagi para pemilik CPU Intel Core i7-8086K ini yang memenanginya melalui acara cabutan bertuah di Amerika.

40 pemenang CPU 6 teras, 12 bebenang kuasa Intel Core i7-8086K ini yang menghantarnya ke AMD boleh mendapatkan sebuah CPU AMD Ryzen Threadripper 1950X yang mempunyai 16 teras dengan 32 bebenang kuasa tanpa sebarang caj ataupun bayaran tambahan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, nampaknya kampen pertukaran CPU ini hanya terbuka untuk pemenang-pemenang di Amerika Syarikat sahaja, dan pemilik-pemilik CPU yang berada di luar negara tersebut tidak layak untuk pertukaran ini.

Walaupun CPU Intel tersebut mampu dilewah-masa sehingga 5.0GHz tanpa sebarang masalah, godaan untuk memiliki sebuah CPU dengan 16 teras dan 32 bebenang kuasa mungkin akan membuatkan beberapa daripada pemilik-pemilik CPU Intel tersebut untuk menukarkannya dengan sebuah CPU Threadripper.


TIPS & ULASAN