Tidak dinafikan dalam era teknologi yang terkini akan terdapat pelbagai jenis ketagihan berlaku. Seperti ketagihan terhadap sosial media, ketagihan mengambil swafoto dan banyak lagi. Terkini, ketagihan terhadap permainan video secara rasminya dikelaskan sebagai satu penyakit oleh World Health Organization (WHO).
Terdapat tiga petanda seseorang itu mempunyai penyakit ini adalah apabila mereka:
- Hilang daya kawalan bermain permainan video
- Mementingkan permainan video, walaupun terdapat banyak lagi kerja/perkara harian yang lepih penting.
- Meneruskan atau meningkatkan lagi bermain permainan video walaupun sedar ia akan membawa kesan negatif.
Menurut WHO, penyakit ini adalah sama seperti ketagihan terhadap perjudian. Tidak kira bermain permainan video secara dalam atau luar talian. Secara klinikal juga, penyakit yang menyebabkan ketagihan ini berkait dengan kesulitan fungsi diri yang mengakibatkan seseorang itu melakukan sesuatu secara berulang.
Selain itu, kadar seseorang yang menghidap penyakit ini adalah sangat rendah. Di dunia ini terdapat ramai “kaki game” sehingga ada yang kerjayanya adalah sebagai seorang gamer dan individu seperti ini tidak dikelaskan sebagai individu yang mempunyai ketagihan terhadap permainan video.