Cari @ Amanz

Sony Xperia XZs ialah peranti yang mampu merakam video pada tetapan gerak perlahan 960FPS. Teknologi Motion Eye ini memerlukan kamera dengan stacked-sensor yang dibangunkan sendiri oleh Sony. Tetapi kami yakin ramai yang merakan video pada kelajuan normal dan tidak sempat menggunakan mod gerak perlahan pada kamera.

Untuk menyelesaikan masalah ini, NVIDIA telah menggunakan kecerdasan buatan yang boleh mengubah video kelajuan biasa 30 atau 60 FPS untuk menjadi video gerak perlahan 480 FPS. Kecerdasan buatan ini melakukan ekstrapolasi babak di antara dua frame berbeza bagi memastikan video yang dihasilkan kelihatan bergerak lancar.

Berita buruk bagi pengguna ialah untuk menikmati sistem gerak perlahan ini, Nvidia menggunakan GPU NVIDIA Tesla V100 GPUs dan rangka kerja  deep learning PyTorch. Dari vidie yang dapat dilihat di atas, jelas sekali kecerdasan buatan ini mampu menghasilkan video gerak perlahan buatan yang setanding dengan mod gerak perlahan sebenar pada telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd