Cari @ Amanz

BitTorrent pastinya sebuah nama yang cukup dikenali oleh orang ramai sebagai sebuah perisian memuat-turun fail yang menggunakan sistem peer-t0-peer  yang membolehkan pengguna untuk berkongsi fail dengan satu sama lain.

Baru-baru ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa BitTorrent akan dijual kepada sebuah syarikat rantai blok yang bernama Tron, yang juga hadir dengan kriptowang mereka sendiri yang dinamakan TRX, dan lejar teredar (distributed ledger) MainNet yang digunakan untuk produk-produk Tron tersendiri.

Pembelian BitTorrent oleh Tron ini dikatakan bernilai $140 juta (RM560 juta), dan bakal dilengkapkan dalam masa terdekat ini kerana terdapat pertelagahan kecil diantara pemegang saham BitTorrent mengenai siapa yang memperkenalkan Tron kepada BitTorrent dahulu.

Menurut BitTorrent, syarikat tersebut kini mempunyai 170 juta pengguna di seluruh dunia, termasuklah mereka yang menggunakan perisian BitTorrent, dan juga perkhidmatan BitTorrent Now, yang menyasarkan kepada kandungan kreatif seperti video, muzik dan sebagainya.

Mereka juga mengatakan bahawa protokol peer-to-peer mereka menggunakan 40 peratus daripada trafik Internet di dunia sekarang, dan ini membuatkan BitTorrent salah sebuah daripada penggerak Internet terbesar di dunia.

Buat masa ini, kedua-dua pihak BitTorrent dan Tron masih belum mengesahkan lagi bilakah pembelian ini akan dimuktamadkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd