Cari @ Amanz

Phablet Xiaomi Mi Max ialah antara peranti kegemaran kami kerana ia mempunyai skrin yang besar dan dipadankan dengan pemproses kelas pertengahan. Hayat baterinya juga agak baik membuatkannya sesuai sebagai pemain media untuk menonton video di rumah. Xiaomi Mi Max 3 mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas spesifikasinya tertiris menerusi laman TENAA.

Xiaomi Mi Max 3 dilengkapi skrin 6.9″ TFT, pemproses 1.8 GHz, memori 3/4/6 GB, storan 32/64/128 GB, kamera utama 12-Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 5400 mAh. Ini menjadikan Mi Max 3 peranti dengan skrin dan bateri sedikit besar berbanding Mi Max 2.  Walaupun mempunyai skrin yang lebih besar, Mi Max 3 hanya 2mm lebih tinggi tetapi 1.3mm lebih pipih berbanding model terdahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd