Trailer filem Dawn Raid : The Hands That Rattled The Queen muncul lebih kurang sebulan yang lalu dan mendapat reaksi positif dari penonton. Filem arahan Bront Palarae ini sebenarnya masih dalam proses pembikinan. Bagi memastikan filem dapat dihasilkan tanpa masalah, Bront telah melancarkan kempen biayasama menerusi laman PitchIn hari ini.
Beliau meminta derma dari orang rama untuk mengumpul RM 2 Juta. Derma boleh dilakukan dalam jumlah RM 5, 10, 20.35, 50, 100, 200 dan 250. Nilai derma berbeza melayakkan penderman menerima barangan edisi khas seperti pelekat kereta, baju-t dan cawan kopi.Bagi yang memberikan derma pada nilai tertinggi, tiket untuk menonton tayangan perdana pada 31 Ogos 2019 turut diberikan.
Penggunaan platform biayasama ini adalah menarik dan sebelum ini turut digunakan oleh penerbit filem Keluarga Iskandar. Bagi yang berminta menyokong projek penghasilan filem tentang pengambilalihan syarikat Guthrie oleh Malaysia, sila ke pautan di bawah.
- Info
- Laman biayasama untuk menyokong filem Down Raid