OnePlus Bullets Wireless Bakal Dijual Di Malaysia Bermula Julai Ini

OnePlus Bullets Wireless Bakal Dijual Di Malaysia Bermula Julai Ini

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

OnePlus adalah jenama yang ramai kenal kerana menawarkan telefon pintar kelas utama pada harga mampu milik. Selain daripada telefon pintar – OnePlus turut mempunyai aksesori audio. Yang terkini dilancarkan bersama-sama OnePlus 6 adalah Bullets Wireless – set fon telinga tanpa wayar bermagnet.

OnePlus Bullets

Lebih kurang sebulan lepas ia dilancarkan dan akhirnya ia akan memasuki pasaran tempatan. Menurut sumber kami, OnePlus Bullets Wireless bakal dijual pada Julai 2018 pada harga RM429.

Sebagai peringatan, OnePlus Bullets Wireless mempunyai perlindungan kalis air, kawalan magnetik dan juga pengecasan pantas melalui USB-C. Selain itu, ia turut menyokong Qualcomm AptX dan mampu tahan selama 5 jam dengan pengecasan selama 5 minit.

Adakah sepasang set fon telinga tanpa wayar berharga RM429 ini akan anda miliki?


TIPS & ULASAN