Google Memperkenalkan Aplikasi Google Podcasts Untuk Android

Google Memperkenalkan Aplikasi Google Podcasts Untuk Android

Diterbitkan pada June 19, 2018 oleh .

Podcast atau kandungan berbentuk audio kini semakin popular dikalangan ramai penerbit kandugan, dimana ia membolehkan pengguna mendengar audio ketika melakukan tugasan harian mereka. Terkini, hari ini Google mengambil langkah untuk memfokuskan arena berkenaan, dan telah pun melancarkan sebuah aplikasi khusus untuknya dinamakan Google Podcasts.

Melalui Google Podcasts, pengguna boleh dengan mudah mencari sebarang audio kegemaran yang ingin didengar, termasuk melanggan sesuatu podcast dengan mudah menggunakan aplikasi berkenaan.

Google Podcasts

Buat masa ini, Google mengatakan terdapat lebih 2 juta pilihan podcast melaluinya, termasuk daripada BFM untuk pengguna Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Google Podcasts ini secara percuma, dan mula melanggan kepada kandungan dan topik yang digemari anda hari ini.

Muat-Turun Google Podcasts


TIPS & ULASAN