Oppo Turut Hadir Dengan Penawaran Animoji Mereka Tersendiri – Omoji

Oppo Turut Hadir Dengan Penawaran Animoji Mereka Tersendiri – Omoji

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Apple pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan sokongan Animoji yang mana membolehkan pengguna menghasilkan animasi gerakan wajah sejumlah watak melalui pengecaman menggunakan kamera hadapan. Sejak daripadanya, sejumlah syarikat turut hadir dengan penawaran lebih kurang sama, termasuk Samsung dan Asus.

Kini, Oppo turut tidak ketinggalan. Pada acara pelancaran Oppo Find X hari ini, Oppo mengumumkan pengenalan Omoji. Buat masa ini, ciri Omoji ini hanya eksklusif untuk peranti Oppo Find X sahaja.

Oppo Omoji

Oppo Omoji

Pengguna boleh menghasilkan Omoji dengan penggunaan kamera hadapan yang mana turut mengenal-pasti gerakkan wajah anda dan memberikan kesan refleks pada animasi watak berkenaan.

Oppo mengatakan watak animasi yang dihasilkan berkenaan boleh dieksport ke galeri gambar, atau turut dihantar ke laman sosial dan aplikasi permesejan.


TIPS & ULASAN