Oppo Bekerjasama Dengan Lamborghini Untuk Find X Edisi Khas – Hadir Dengan Super VOOC Charge

Oppo Bekerjasama Dengan Lamborghini Untuk Find X Edisi Khas – Hadir Dengan Super VOOC Charge

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Oppo hari ini turut membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta popular, Lamborghini. Melalui kerjasama ini, Oppo menawarkan Oppo Find X edisi khas yang hadir dengan sedikit perubahan pada rekaan luaran peranti berkenaan, termasuk pada bungkusan peranti tersebut.

Oppo Find X Edisi Lamborghini ini hadir dengan rekaan bertekstur pada kerangka belakang, sekaligus memberikan pengalaman lebih premium padanya.

Oppo Find X

Pihak Lamborghini mengatakan ini adalah kali pertama mereka bekerjasama dengan pengeluar telefon pintar. Melalui kerjasama ini juga, Oppo memperlihatkan kepantasan dan kelajuan kereta Lamborghini pada sokongan pengecasan peranti edisi khas ini.

Oppo Find X Edisi Lamborghini ini hadir dengan sokongan pengecasan pantas Super VOOC Flash Charge. Seperti ramai sedia maklum, teknologi ini telah diperlihatkan Oppo beberapa tahun lepas, dan ia direalisasikan melalui peranti baru ini.

Dengan menggunakannya, pengguna Oppo Find X Edisi Lamborghini boleh mengecas bateri 3400mAh peranti ini dengan penuh dalam masa hanya 35 minit.

Oppo dan Lamborghini turut mengumumkan yang mana mereka akan terus bekerjasama dalam hadir dengan beberapa penawaran yang memudahkan pengguna, dan tidak terhenti dengan penawaran Oppo Find X edisi terhad ini semata-mata.

Dengan penawaran edisi terhad, ia turut membawakan harga sedikit premium. Oppo Find X Edisi Lamborghini ini akan ditawarkan pada harga 1699 Euro, iaitu sekitar RM7874.


TIPS & ULASAN